Ibu, maafkan aku yang suka membantah perkataanmu yang tidak mendengarkan nasihatmu yang tidak mengerti keadaanmu
Ibu, maafkan aku telah kusadari walau aku sering mengecewakanmu namun kasihmu selalu tercurah kepadaku tak peduli kesalahan apa yang kulakukan kepadamu
Sungguh aku malu. Aku telah berbuat banyak kesalahan kepadamu. Padahal aku sudah tahu kalau Tiket ke Surga ada padamu. Maafkan Aku, Ibu.
Padahal aku tahu ketika aku sakit, engkau lebih sakit. Padahal aku tahu ketika aku gagal, engkau lebih sedih dan terus memberikanku semangat. Dan aku tahu bahwa hanya untuk kebaikan anakmulah segala perbuatanmu.
Ibu....... engkaulah cahaya dihatiku engkaulah malaikat penerang jalan hidupku walau kasihmu tak mungkin terbalas seumur hidupku
Ibu....... Setiap nafasmu adalah cinta kepadaku Setiap marahmu adalah sayangmu Setiap pengorbananmu adalah untukku
Tapi... Maafkan aku Ibu... Telah membuat engkau marah.. Telah membuat engkau menangis Telah menyakiti hatimu yang Telah membuat engkau susah hati
Maafkan aku ibu.. Tak bisa membalas semua kebaikanmu Tak bisa membalas semua yang kau berikan Mungkin hanya doa yang bisa kami panjatkan Semoga ALLAH membalas semua pengorbananmu dengan surgaNYA
alhamdulillah... Terima kasih ibu kerana telah melahirkanku dan menjagaku sejak dari kecil tanpa kenal erti penat lelah hingga saat ini umurku semakin bertambah... Terima kasih Ibu… Semoga cinta dan kasih sayangmu dan pengorbanan yang telah engkau lakukan akan menjadi jalan mudah menuju surganya Allah.. Amiin Terima kasih ya ALLAH telah menciptakan seorang wanita sempurna untuk kami...
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan..Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa da’wah, Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup *anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.
Akhlak kita tak seindah
kata dan tak seindah bicara…beginikah?? @ sebenarnya bagaimana??
Salam 'alaik akhawat wa
ikhwanfillah…
"Keruntuhan
akhlak dikalangan hamlatul quran yang sekarang ini kian meruncing. Apa peranan
dan tanggungjawab mereka ini sebenarnya? Besar. Sangat besar. Ana mohon pada
sesiapa yang boleh memberi cadangan juga pendapat untuk kita kongsi
bersama" - dari
blog http://islamforever-ahlullah.blogspot.com/
tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat kita ini, ana cuba
menulis untuk sama-sama kita kongsi dan muhasabah arah dan tujuan kita
sebenarnya…ittijah dan hadaf… Ingat hadaf utama kita diciptakan…Dari mana kita
datang? untuk apa kita diciptakan? dan kemana kita akan dikembalikan? Mohon
sama-sama kongsi idea dan pendapat yang bersarang di minda masing-masing…
Alhmdulillah syukur
kerana masih dikurniakan ALLAH berbagai-bagai nikmat sehingga sampai saat dan
ketika ini, nadi masih berdenyut…nikmat iman dan Islam dapat dirasai…Cuma
manusia tidak mensyukurinya atas kelalaian diri sendiri…
(يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك)))
Apa khabar agaknya iman
kita di waktu dan ketika ini?
Adakah sihat seperti
mana jasmani kita? Atau sedang sakit? Jika sakit…tahap apakah sakit itu? Biasa
@ kritikal? Sedarkah kita? Atau masih dalam lena dibuai mimpi yang indah…jika
sedang enak di lamun cinta dengan perhiasan dunia…mata pulak dikaburi dengan
keseronokan dan nikmat dunia sementara ditambah pula dengan nafsu yang
meronta-ronta minta dibebaskan…ayuh bangun segera!!…jika badan kita rasa sakit,
kita segera sahaja mencari penawarnya…pantang sakit sedikit, ada sahaja alasan
untuk tidak hadir kelas dan sebagainya…ada sahaja alasan untuk tidak tunaikan
kewajipan harian…betul atau salah…kita semua pernah dan sedang melalui
zaman-zaman ini…sedarkah kita yang iman kita juga memerlukan penawar segera dan
istimrar (berterusan), jika tidak segera diubati akan menjadi semakin parah…iman
kita sedang menangis kerana sakitnya amat kritikal sekali…sampai bila lagi nak
tunggu…dibiarkan tanpa ada ubat…
Kita selalu sahaja
lapar…nak makan…pergi ke medan selera @ mana tempat yang boleh dijumpai
makanan…erm…alhamdulillah dah kenyang baru boleh belajar…makan untuk hidup dan
dapat beribadat dengan baik serta perlu laksanakan tugas sebagai khalifah di
atas muka bumi ALLAH ini…tapi kadang-kadang terbalik…boleh jadi hidup untuk
makan (na'uzubillah)…sebab sebenarnya makan bila lapar dan berhenti sebelum
kenyang…tapi kita makan sebelum lapar berhenti bila dah kenyang sangat…maka
malas terus merajai diri…hakikatnya rohani juga sentiasa lapar dan memerlukan
makanan…kita sahaja sering lupa…manusia memang selalu lupa…tapi jangan sampai
lupa asal usul…jangan lupa iman kita sedang sakit tenat…sudah carik dan rosak
disebabkan perbuatan-perbuatan kita yang sebenarnya kita tahu tapi lalai dek
nafsu dan keseronokan di dunia yang sementara ini…sudahkah kita tunaikan
kewajipan sebagai khalifah ALLAH yang telah ditaklifkan ke atas setiap orang
dari kita di atas bumi ALLAH ini??
Kesimpulan dari kehidupan
seharian kita…semalam tidur lambat…alasannya nak cari modal untuk esok…hakikat
sebenarnya tidur lewat…mula-mula borak-borak dulu, makan-makan…sedar tak sedar
dah pukul 2 pagi…esok nak ke kelas…modal tasmi' tak lancar lagi...subuh entah
pukul berapa?? Sudah semestinya subuh gajah...cepat-cepat bersiap ke kelas…tasmi'
satu muka jelah dulu…xlancar lagi @ esok sahaja…masuk kelas madah…fikiran
melayang entah ke mana?? Ustaz kat depan, dalam otak terfikirkan perkara lain…balik
kelas jalan-jalan dulu…study? Tunggu exm lah..bila ada program-program
ilmiah…tak boleh pegi…nak cari modal…esok takut ustaz @ ustazah
marah…hakikatnya…borak-borak kat bilik berjam-jam…tengok cerita dulu…tengok
cd…surf internet dan sebagainya…modal tasmi'?? lupa entah ke mana…masa berlalu
begitu pantas tanpa menunggu kita…sedar xsedar dah nak final exam (imtihan
nihaie)…muqarrar al-quran belum habis…masa ni semuanya rajin-rajin…dari pagi
sampai petang bermukim di kelas…sibuk-sibuk cari ustaz dan ustazah nak
tasmi'…memang boleh dapat anugerah pelajar paling rajin… tak cukup di kelas
malam beriktikaf pulak di masjid @ surau dan sebagainya…sebabnya nak habiskan
cepat muqarar al-quran…kalau tak sempat habis kena tangguh pulak…buku xbaca
lagi..tersimpan kemas dirak @ dalam beg…esok nak exam baru baca…nilah rahsia
pelajar paling cemerlang…apa yang kita kejar sebenarnya?? Pointer @ ilmu??
Sijil dunia @ sijil akhirat?? Tertulis kemas pelajar tahfiz al-Quran...hakikatnya
al-quran hanya sekadar hafalan exam…tidak terikat kemas di dada…ilmu fi sutur
bukan fi sudur…inikah yang kita mahu??
Ya ALLAH bantulah
kami…kami selalu sahaja lalai dengan nikmat dunia yang sementaraini…selamatkanlah kami dari tipuan
duniawi…hasutan syaitan…kami selalu sahaja mengikut nafsu…kami lemah ya ALLAH…
Sedar tak sedar
sebenarnya masyarakat memandang kita sebagai model…kerana apa?? Kita mengahafaz
bukan sahaja 1 ayat tetapi 30 juzuk…beribu2 ayat..bayangkanlah…al-Quran itu adalah
sesuatu yg amat mulia…bagaimana nak masuk dengan hati yang kotor?? Jiwa yang
lalai?? Kalau akhlak sudah rosak…bagaimana mahu menjadi contoh dan teladan
kepada masyarakat… al-Quran itu suci jangan kita kotorinya dengan
perbuatan-perbuatan kita…
Dalam surah as-soff
ALLAH memperingatkan kita yang maksudnya :
amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan
sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
Ingatlah Nasihat waqi'
kepada imam syafie apabila dia mengadu kepada waqi' tentang kesusahannya dalam
menghafal :
شكوت إلى وقيع السوء حفظ
فأرشدني إلى ترك المعاصى
فأخبرني بأن العام نور
ونور الله لا يهدى للعاصى
Ya
ALLAH malunya kita…Imam syafie yang hanya tertengok tumit seorang perempuan
sahaja sudah merasakan susah untuk menghafal…kita bagaimana?? Kehidupan
seharian sahaja penuh dengan noda dosa…hati kotor…maksiat hati bila
teringat-ingat perkara yang melalaikan…maksiat mata bila tengok benda-benda
yang xelok…maksiat mulut bila bercakap benda-benda xsepatutnya…mengumpat
sana-sini…maksiat telinga bila dengar perkara yang xsepatutnya…al-quran yang
sepatutnya dijadikan halwa telinga, lagu yang melalaikan pulak yang
dilazimi…maksiat tangan bila menaip mesej-mesej kepada si 'dia'…sayang,rindu
dan sebagainya…'couple' berleluasa…hafal quran tapi ber'couple'…bagaimana tu??
Setiap hari baca ayat-ayat ALLAH…tapi…dalam masa yang sama…buat jugak maksiat…Mencampurkan
hak dengan yang batil…nk cabar hukum ALLAH ke? (na'uzubillah) Kalau mahu mudah
menghafal, kata waqi' tinggakan maksiat… Mana identiti pelajar islam?? Hilang nilai diri entah ke
mana…melayang-layang, terawang-awangdi
alam fantasi ciptaan sendiri…inilah keruntuhan akhlak di kalangan hamlatul
quran…ramai yang apabila ditegur mengatakan 'jangan masuk campur hal orang'.
bagi yang ber'couple' pulak…takutlah dengan inzar dari ALLAH dalam surah
al-israk…Wala taqrabuzzina.. (jangan kamu mendekati zina)…sms,ym,frenstr
dan sebagainya (tanpa ada tujuan yang dibenarkan) yang menjerumuskan kearah itu
adalah zina dan salah dalam hukum islam…perlu diingat dan faham…ALLAH
meletakkan perkataan 'taqrabu' (mendekati) bukan 'ta'malu'(membuat)…jadi semua
perkara yang menjurus kearah itu adalah salah… Matlamat tidak menghalalkan
cara…ISLAM itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi darinya…
Akhwat dan ikhwah
fillah,
Jasmani dan rohani perlu
perlu seiring untuk menjadi khalifah yang betul-betul melaksanakan
tanggungjawab yang telah ditaklifkan…setidak-tidaknya bangun malam perlu untuk
memberikan kita kekuatan dalam menghadapi mehnah hidup dunia
ini…sekurang-kurangnya solat tahajjud 2 rakaat…memang susah tapi sama-sama kita
cuba amalkan…kalau diwaktu exam, kita sanggup berjaga malam semata-mata untuk
study…(satu malam sahaja boleh habis satu buku…kalau hari-hari lain satu helai
pun dah letih)…tapi bila dah habis exam, nak berjaga malam pun payah…kerana
sedang nyenyak tidur di katil empuk dibuai mimpi yang indah… iman kita sekarang
sedang sakit…sedarkah kita?? @ masih dibuai mimpi yang indah…
Kadang-kadang membaca sehari
sejuzuk pun kita tidak mampu (selain dari muQarar @ hafalan tasmi') inikan pula
nak istimrar mengulang…adakah mengulang hanya sekadar untuk exm?? Untuk
mendapatkan 4.0 dalam sijil dunia?? Klu begitu batalkan saja niat kita untuk
menghafaz…kerana disebabkan kitalah datangnya fitnah kepada Al-Quran…
Ayuh sama-sama kita
intropeksi n koreksi diri kita…adakah kita benar-benar menghayati dan
beramaldengan al-Quran yg kita hafaz??
@ hanya sekadar untuk exm? @ sekadar inginkan nama sebagai hafiz @ hafizah?? Di
mana nilai diri kita sebenarnya…ayuh bangkitlah wahai hamlatul Quran…janganlah
asyik dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah sahaja…sedar dan bangkitlah…apakah
sebanarnya tujuan kita menghafaz al-Quran??…klu hanya sekadar inginkan
nama…lebih baik berhenti daripada mendapat laknat ALLAH akibat
perbuatan-perbuatan kita yang kadang2 bukan kita tidak tahu tetapi sengaja
buat-buat tidak tahu dek kerana seronok dengan nikmat dunia yang fana dan
sementara ini…sudahlah tidak ingat apa yang kita hafal ditambah pula dengan
akhlak yang teruk…kita sebenarnya perlukan teman yang menjadi cermin kepada diri kita…teman yang boleh membawa kita arah
kebaikan…bukan teman yang boleh menjerumuskan kita ke neraka…
Internet memang
melalaikan…oleh itu, jadikanlah internet ini sebagai medan untuk kita
bertukar-tukar pendapat dan menambahkan ilmu yang semakin lama bukan semakin
bertambah tetapi semakin berkurang dek kurangnya pembacaan kita…moga sedikit
sebanyak memberi manfaat berguna kepada kita…bukan sekadar berkenal-kenal
kosong…ber 'ana' 'enti' ber 'saya' 'awak'…itu ikhtilat namanya…ini bukannya
peraturan ciptaan manusia tetapi syariat yang telah ditentukan ALLAH…apakah
kita mahu melawan pencipta kita??
Jaga mata kawal hati
didik diri (pinjam
dari tema kempen Aku Tanpa Ikhtilat (ATI), Persatuan Mahasiswa Malaysia AL
al-Bayt (PRISMA) MafraQ, Jordan).
Tepuk dada Tanya iman
ye…bukan Tanya selera…
Sekian sahaja…Insan yang
hina hamba yang dhoif…yang selalu lalai dan tertipu dengan perhiasan duniawi yang
selalu lemah dengan mehnah dunia…maaf dipinta andai terkasar bahasa…kalau ada
yang salah sila betulkan…hanya sekadar renungan kita bersama…bukan untuk dibaca
tetapi untuk sama-sama fikirkan hakikat
sebenar yang melanda diri kita…bukan tsunami…bahkan lebih teruk dari itu…sama
ada bertepatan dengan diri kita @ tidak…tanyalah diri kita…nilailah dengan mata
hati…bukan dengan hawa nafsu…sama-sama kita intropeksi dan koreksi diri
kita…surah azzariyat ayat 55,
Maksudnya : dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.
…kearah memperbaiki diri,
berubah dan memantapkan generasi al-Quran…jom berubah dari sekarang… upgrade
our iman..selalu tajdid niat…pergantungan hanya pada ALLAH..segala-galanya hanya
kerana ALLAH…
JANGAN MENGELUH .......... Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Kalu nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji
Nota: Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran
Allahu Akbar! La haula wala quwata illa billah hil aliyil aziim...
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. .. Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.... Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Allah! Dan dibumbungi dengan langit Allah! Serta menikmati rezeki Allah! Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air mani yang sangat hina!
Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.... Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.... Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.... Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan.. .. Guna kembali ke pangkuan Allah!
Pada hari itu tiada berguna.... Harta, tahta dan putera/puteri. ... Suami/isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Banyak kisah dua orang sahabat yang saling mencintai dengan tulus sehingga masing-masing merasa berat untuk berpisah dari kawannya, tiba-tiba sikap mereka berubah ketika tergiur dengan gemerlap dunia dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Apa yang akan kita lakukan seandainya ada peluang rezeki di mana kita dan saudara kita sama2 membelakangkan satu sama lain? Sering terjadi dua orang sahabat saling bersaing, demi mendapatkan satu pekerjaan. Di sinilah sifat itsar (mendahulukan saudara) kita diuji. Sebaik-sebaik sifat itsar adalah yang seperti dilakukan oleh kaum Ansar terhadap kaum Muhajirin sebagaimana diabadikan dalam QS. Al Hasyr :9 berikut ini "Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung"
Virus berikutnya : TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA
Hal ini merupakan pintu yang paling luas bagi syaitan untuk masuk menebar bibit2 perselisihan dan permusuhan di antara sahabat. Banyak yang beranggapan, hubungan istimewa yang terjalin dengan sahabatnya membebaskannya dari tutur kata yang sopan. Contoh gaya bicara kepada saudara kita yang harus dihindari adalah : Berbicara dengan nada suara tinggi dan menggunakan kata-kata kasar. Di dalam Al Qur'an, Allah mengisahkan wasiat Luqman dalam mendidik anaknya : "Dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" (QS. Luqman : 19) Tidak mendengar saran saudaranya, enggan menatap ketika berbicara atau memberi salam, tidak menghargai keberadaannya. Seorang ulama salaf berkata : "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadis, padahal saya telah mengetahuinya sebelum ia dilahirkan, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai." Kemuliaan akhlaq Rasulullah membawa beliau untuk tetap mndengar dan tidak memotong kata2 seorang musyrik bernama 'Utbah. Ketika berhenti, Rasulullah bertanya kepadanya : "Apakah engkau sudah selesai, hai Abul-Walid (panggilan 'Utbah)?" Mari kita cuba refleksi ke diri kita sendiri. Kadang saat teman kita sedang bercerita sesuatu..atau ingin mengutarakan pendapatnya, kerana rasa sudah tahu, kita potong pembicaraannya.
Yang harus kita hindari berikutnya adalah : BERGURAU SECARA BERLEBIHAN
Gurauan ringan dalam batas kesopanan dan tidak keluar dari ruang lingkup yang benar akan menambah kelunturan dan kehangatan hubungan ukhuwah. Sebaliknya, gurauan yang berlebihan dan melampaui batas kesopanan akan mempercepat kehancuran ukhuwah
Seterusnya ialah: SERING BERDEBAT DAN MEMBANTAH
Sering mendebat dan membantah diikuti oleh perkara negatif lainnya seperti menganggap unggul idea, sering mengkritik idea sahabat, menggunakan kata2 pedas yang bernada merendahkan pemahaman, cara berfikir, dan kekuatan penguasaannya terhadap suatu masalah. Sesungguhnya salah satu faktor paling signifikan yang dapat memacu rasa benci dan dengki antara sahabat adalah kebiasaan berselisih/berbantah-bantahan yang seringkali tanpa didasari oleh ketulusan dalam upaya mencari kebenaran. Sabda Rasulullah : "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan suka membantah" (HR. Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Tirmidzi, Ahmad)
Harus dihindari pula : KRITIKAN KERAS DAN MELUKAI PERASAAN.
Salah satu faktor yang dapat merusak suasana pembicaraan dan hubungan ukhuwah adalah menyerang dengan kritikan bernada keras atau kritikan yang tidak argumentatif. Seperti ungkapan : "Semua yang kamu katakan adalah salah, tidak memiliki dalil yang menguatkan." Atau : "Kamu bertentangan dengan saya." Ada cara yg lebih santun utk mengkritik...misalnya :"Beberapa sisi dalam pendapatmu itu perlu dipertimbangkan lagi", "Menurut hemat saya....", "Saya mempunyai idea lain, harap antum menyemaknya dan memberi penilaian", dan ungkapan2 serupa. Kalau kita akan merasa 'sakit' bila dibegitukan...dikritik dgn nada yg melukai perasaan...maka marilah ke depan..kita juga lebih pintar memilih kata2 yg tepat utk menyampaikan kritik pd saudara kita.
Virus berikutnya : SIKAP ACUH
Ukhuwah yang tidak dihiasi dengan kehangatan perasaan dan gejolak rindu, adalah ukhuwah yang kering. Ia akan segera gugur dan luntur. caranya antara lain : mencuba membangkitkan rasa ukhuwah tersebut dan memohon pada Allah agar hati kita ditautkan dgn hati saudara2 kita. Seorang ulama salaf berkata : "Jika seekor lalat hinggap di tubuh sahabatku, aku benar2 tidak boleh duduk diam (Abu Hayyan at-Tauhidi, al-Mukhtar minash Shadaqah wash-Shadiq, hlm. 143). subhanallah..seekor lalat yg hinggap di tubuh saudaranya difikirkan Perasaan yang tulus juga akan mendorong seseorang untuk mendoakan sahabatnya ketika berpisah dan menyebut namanya dalam waktu2 terkabulnya do'a. Sabda Rasulullah : "Doa seorang muslim untuk kebaikan saudaranya yang dilakukan dari kejauhan, nescaya akan dikabulkan". (HR. Muslim, Ibnu Majah, Ahmad)
Sama-samalah kita muhasabah semula akan ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat kita. Seboleh-bolehnya kita elakkan lah virus-virus ini menyerang ukhuwah kita. ' Prevention is better than cure'
"Ukhuwwah itu indah bila bertemu & berpisah hanya kerana ALLAH"
Dalam surat Al Hujurat Allah SWT memaparkan 7 cara bagi kita untuk menangkal virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan shaf ukhuwah yang telah dibina. 7 cara tersebut iaitu :
1. Tabayyun Tabayyun berarti mencari kejelasan maklumat dan mencari bukti kebenaran maklumat yang diterima. Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita , maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS. 49 : 6).
2. 'Adamus Sukhriyyah Artinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS. 49 : 11). Saat ini terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Harus kita sedari bahawa di antara kelompok-kelompok dakwah tersebut terdapat perbezaan yang berkaitan dengan prinsip mahupun tidak. Perbedaan dalam menentukan al-hadaful a'la (sasaran tertinggi) termasuk dalam masalah prinsip. Keadaan ini memancing suasana tanafus (persaingan) yang kadang bentuknya tidak sihat. Berhimpunnya kelompok-kelompok dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Sebagaimana yang ditulis DR. Yusuf Qardhawi, maka kesatuan wala' (loyalitas) dan tumbuhnya suasana ta'awun dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak dapat ditawar lagi. Dan kalau pun hal ini belum terwujud karena ada beberapa hal yang belum dapat kita lakukan, maka tidak mampukah kita sekadar meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya) seperti yang dinyatakan iblis???
3. 'Adamul Lamz Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya : "Dan janganlah kamu mencela diri sendiri." Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standar kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS. 18 : 28).
4. Tarkut Tanabuz Yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah SWT : "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS. 49 : 11). Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.
5. Ijtinabu Katsirin Minadzdzan Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS. 49 : 12). Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Allah SWT sendiri menegaskan : "Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk menghalangi manusia dari jalan Allah." (QS. 8 : 36).
6. 'Adamut Tajassus 'Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah SWT : "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS. 49 : 12).
7. Ijtinabul Ghibah Allah SWT menegaskan : "Dan janganlah kamu sekalian mengumpat sebagian lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? ..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW adalah menceritakan keburukan orang lain. Ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.
Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t..
Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.
TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG
Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.
Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.
Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.
Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.
Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka.
Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.
Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.
Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami.
Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.
Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.
Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.
Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amiin..
Disediakan Oleh; al-Faqir ilaLlah, Ust. Ibrahim Masran al-Banjari Pengarah Pusat Bina Syakhsiyah (PEMBINA) Merangkap Timb. Pengerusi Lujnah Tarbiyyah & Latihan Kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
[[ Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006 ]]
Bertemu cinta dalam halaqoh, ```Hidup lebih indah terarah, ````Menyulam tautan hati kerana ALLAH, ``````Terpaterilah ikatan akidah
~Sinopsis~
Puas ku rayu,puas kuseru, Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh,sukarnya mengajakmu! Namun, kasihku padamu cukup padu, Lantaran itu, Aku kan terus menyerumu, Pada Yang Satu..
Kugenggam kukuh suatu azimat "Kita hanya penyeru, bukan penghukum" Ya ALLAH, kuharap bantuan-Mu mengiringiku. Seru dan terus menyeru, Itu tugas Rasul-Mu, Akan kuteruskan semampuku, Hingga ke hujung waktu.
:: Akhill Hayy ditahan JAIS, arak pula dibiarkan ::
Roy Rasul Mon | Jun 25, 07 | 05:17:26 PM
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam.
Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu.
Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).
Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.
Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.
Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.
Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.
Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.
Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.
Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.
Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.
Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan.
Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut.
"Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.
"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.
Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
"Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah.
"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.
Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.